Publication:
Aplikasi Kerangka Kerja Tadbir Urus Syariah Dalam Agensi Mengurus Zakat di Melaka

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Ketulusan dalam mengendalikan dana umat Islam terutamanya zakat adalah suatu perkara yang sangat sensitif kepada masyarakat sekiranya tidak diurus dengan baik. Isu persepsi negatif masyarakat terhadap agihan zakat di Malaysia merupakan punca masalah kepada ketidakpercayaan masyarakat dalam pengurusan Agensi Mengurus Zakat. Ketidakpercayaan ini akan memberi kesan kepada kutipan zakat dan secara tidak langsung akan mempengaruhi dana agihan zakat untuk diagihkan kepada lapan (8) golongan asnaf yang layak. Oleh yang demikian, menjadi satu keperluan kepada Agensi Mengurus Zakat untuk mewujudkan satu kerangka kerja urus tadbir yang baik dan menepati kehendak syarak sebagai kayu ukur kepada segala aktiviti yang dilaksanakan berada di landasan yang betul. Kajian konseptual ini berhasrat untuk menerapkan satu kerangka kerja Tadbir Urus Shariah dalam Agensi Mengurus Zakat untuk mengatasi masalah ketidakpercayaan masyarakat terhadap pengurusan Agensi Mengurus Zakat. Tambahan pula Agensi Mengurus Zakat tidak mempunyai kerangka Tadbir Urus Shariah yang standard seperti mana Institusi Kewangan Islam yang lain di Malaysia. Oleh yang demikian, kerangka kerja tadbir urus shariah yang akan dicadangkan memberi implikasi untuk mengembalikan kepercayaan dan persepsi yang positif dikalangan masyarakat.

Description

Keywords

Emas, Zakat, Institusi, Malaysia

Citation