Publication:
Cadangan Bantuan Zakat Asnaf Al-Riqab Terhadap Banduan Melalui Latihan Vokasional di Penjara: Kajian di Penjara Wanita Kajang, Selangor

Loading...
Thumbnail Image

Date

2016

Authors

Ishak, K.
Dawi Cahyono, I. M.
Wahid, H.
Ahmad, S.

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Program pemulihan di penjara yang melibatkan program vokasional dijangka dapat mengubah sikap banduan ke arah yang lebih positif dan menarik minat mereka untuk menjadi usahawan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bantuan modal zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada banduan melalui program latihan vokasional di penjara dan juga kepada bekas banduan yang berminat menjadi usahawan setelah keluar daripada penjara. Justeru kajian ini akan mengkaji sejauh manakah banduan ini telah berubah sikap setelah menjalani latihan di penjara dan memungkinkan mereka mendapat bantuan modal zakat dan pemantauan secara berterusan untuk menjadi usahawan yang baik setelah dibebaskan. Kajian memfokuskan kepada banduan dalam dua jenis bengkel vokasional iaitu (1) bengkel amanah (banduan mahir) dan (2) bengkel perusahaan (banduan pelatih) di penjara. Data kajian berdasarkan responden seramai 68 responden yang mewakili 152 orang jumlah keseluruhan peserta bengkel vokasional dari Penjara Wanita Kajang Selangor termasuklah pandangan daripada seorang pegawai penjara di Seksyen Vokasional dan Industri. Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis faktor untuk membentuk beberapa konstruk serta analisis varian. Hasil kajian mendapati wujud perubahan sikap yang positif di dalam diri tahanan dan kajian juga mendapati majoriti responden daripada bengkel Amanah amat berminat untuk membuka perniagaan sendiri dengan bantuan modal zakat dan mengharapkan bimbingan berterusan daripada pihak LZS. Kajian ini dilihat amat bermanfaat kepada LZS di dalam mempelbagaikan bentuk pengagihan dana zakat dan secara tidak langsung mengharapkan keberkatan zakat terhadap proses mendidik jiwa golongan ini menjadi insan yang lebih berguna, amanah dan bertanggungjawab serta dapat meneruskan kehidupan disamping menyesuaikan diri dengan masyarakat. Beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam kajian ini.

Description

Keywords

Asnaf al-riqab, Perubahan sikap banduan, bantuan modal zakat

Citation