Publication: Pemindahan Organ Reproduktif daripada Perspektif Fatwa Semasa
Loading...
Date
2015
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Perkembangan teknologi perubatan pada hari ini telah memberikan sinar kepada pelbagai penyakit yang sukar untuk dirawat. Dalam rawatan kesuburan misalnya, teknologi terkini sudah mampu menawarkan pelbagai jenis pembedahan seperti pembedahan organ reproduktif. Penulisan ini akan membincangkan tentang jenis pemindahan organ reproduktif dan hukum-hukumnya dengan melihat kepada fatwa-fatwa yang telah diberikan oleh ulama kontemporari dan badan fatwa berautoriti di seluruh dunia. Terdapat dua jenis organ reproduktif, iaitu organ yang memindahkan maklumat genetik seperti testis dan ovari, dan organ yang tidak membawa sebarang maklumat genetik seperti rahim, tiub fallopio, faraj dan zakar. Majoriti ulama mengharamkan pemindahan dari jenis pertama kerana ia termasuk di bawah hukum mengubah ciptaan allah swt yang dilarang olehnya, di samping larangan nabi saw dari melakukan amalan mengkasi. Manakala pemindahan dari jenis kedua, majoriti mereka mengharuskannya dalam keadaan darurah dengan pengecualian aurat mughallazah, iaitu faraj dan zakar dengan alasan ia tidak melibatkan sebarang pemindahan genetik.
Description
Keywords
pembedahan, organ reproduktif, mengubah ciptaan