Publication:
Analisis Literatur Kajian Zakat dan Maqasid Syariah

Loading...
Thumbnail Image

Date

2019

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Senario fatwa yang diputuskan oleh institusi fatwa di Malaysia sentiasa berkembang dari semasa ke semasa selaras dengan prinsip hukum Islam yang bersifat fleksibel dan meraikan perubahan persekitaran. Mutakhir ini memperlihatkan penentuan sesuatu fatwa zakat tidak lagi secara langsung terikat dengan mazhab Syafie. Ini menunjukkan keterbukaan penerimaan pendapat pelbagai mazhab yang lain dan pandangan sarjana hukum fiqh kontemporari oleh pihak berautoriti dalam mengeluarkan hukum atau fatwa berkaitan zakat masa kini. Hal ini boleh dilihat terhadap senario hukum dan fatwa yang berubah daripada sandaran mazhab Syafie kepada pandangan mazhab lain atau pandangan tokoh fiqh kontemporari. Terdapat pelbagai penyelidikan telah dijalankan yang membincangkan fatwa, zakat dan maqasid syariah dalam bentuk tulisan disertasi, tesis, buku atau artikel jurnal. Artikel ini bertujuan mengkaji literatur yang berkaitan dengan fatwa zakat dan penggunaan maqasid al-shariah yang akan dikaji secara deskriptif menggunakan kaedah penyelidikan dokumentasi perpustakaan. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan maqasid al-shariah telah ditulis dalam pelbagai bahasa, aspek dan aplikasi. Walau bagaimanapun, tiada kajian khusus yang dihasilkan berkaitan dengan maqasid fatwa zakat di Malaysia.

Description

Keywords

Literatur, Fatwa, Zakat, Maqasid Shariah

Citation