Publication: Integrasi Wakaf dan Pembiayaan Mikro Islam: Prospek dan Cabaran
Loading...
Date
2019
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM Press
Abstract
Pembiayaan mikro Islam merupakan salah satu instrumen kewangan yang terbukti mampu untuk mengupayakan populasi miskin dan luar bandar. Ia dilaksanakan dengan cara memberikan akses pembiayaan berskala kecil bagi tujuan keusahawanan. Namun kos operasinya agak tinggi kerana melibatkan kerja-kerja lapangan bersama masyarakat miskin yang perlu dijalankan secara kerap dan selalunya tertumpu di kawasan luar bandar. Program sokongan keusahawanan yang turut memakan belanja besar - juga perlu dilaksanakan secara berkala memandangkan populasi ini mempunyai tahap literasi pengurusan dan keusahawan yang rendah. Akibatnya, produk pembiayaan mikro terpaksa ditawarkan dengan kadar caj yang agak mahal bagi menampung kos operasi. Inisiatif untuk mengintegrasikan perlaksanaan pembiayaan mikro Islam dan wakaf dilihat antara solusi ideal yang mampu menyantuni permasalahan ini. Ini kerana wakaf dan pembiayaan mikro Islam berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk memperkasakan populasi miskin khususnya masyarakat muslim. Walau bagaimanapun, saranan sebegini kurang dibincangkan secara mendalam dan sistematik. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka keboleh-laksanaaan pengintegrasian antara wakaf dan pembiayaan mikro Islam dari sudut prospek dan cabarannya. Kaedah kepustakaan dan analisis kandungan digunakan bagi mencapai objektif. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa prospek yang mampu memberi impak positif terhadap institusi pembiayaan mikro Islam, institusi wakaf dan pembangunan sosial. Beberapa isu serta cabaran turut dikenalpasti dan perlu diperhalusi sebaiknya. Diharapkan kajian ini mampu dijadikan rujukan dan panduan dalam usaha membangunkan perlaksanaan pembiayaan mikro Islam dan wakaf yang lebih mampan.
Description
Journal of Fatwa Management and Research Volume 16 No.2 Page (70-89)
Keywords
Wakaf, Pembiayaan Mikro Islam, Populasi Miskin, Pembangunan Sosial
Citation
Abdullah Thaidi, H. ‘Azeemi, Ab Rahman, M. F., & Ab Rahman, A. (2019). Integrasi Wakaf dan Pembiayaan Mikro Islam: Prospek dan Cabaran: Integration of Waqf and Islamic Microfinance: Prospects and Challenges. Journal of Fatwa Management and Research, 16(2), 70–89. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol16no2.6