Publication: Isu Pendaftaran Tanah Wakaf dalam Kanun Tanah Negara (KTN) 1965: Satu Kajian Menurut Perspektif Islam
Loading...
Date
2019
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Kanun Tanah Negara (KTN)1965 merupakan undang-undang tanah utama negara yang digunapakai di atas semua jenis tanah termasuk tanah wakaf. Perkara ini memberi gambaran bahawa tanah wakaf Islam tidak boleh diuruskan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing walaupun tanah adalah hakmilik di bawah kerajaan Negeri tanpa merujuk kepada KTN. Justeru itu, pembangunan dan pentadbiran tanah wakaf di Malaysia tidak dapat dipisahkan dengan keterikatan dengan peruntukan-peruntukan tertentu dalam KTN. Kertas kerja ini akan memberi fokus kepada aspek pendaftaran dan sejauh manakah peruntukan-peruntukan KTN yang secara langsung atau tidak langsung yang melibatkan tanah wakaf. Oleh itu, kajian ini akan memperlihatkan perlunya penambahkan baikan terhadap peruntukan-peruntukan dalam KTN yang terpakai ke atas pendaftaran tanah wakaf.
Description
Keywords
Pendaftaran, Kanun Tanah Negara, Tanah Wakaf, Peruntukan