Publication: Cadangan Penyetaraan Ukuran Nisab Zakat Emas Perhiasan di Malaysia
Loading...
Date
2019
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Zakat terhadap emas sama ada dalam bentuk simpanan atau perhiasan merupakan salah satu daripada jenis-jenis zakat yang diwajibkan. Namun disebabkan harga emas yang� lazimnya sedikit berbeza mengikut negeri, kadar zakat terhadap emas perhiasan juga didapati berbeza nilainya. Bahkan perbezaan ini bukan sahaja disebabkan perbezaan harga emas semasa bahkan kaedah pengukuran kadar nisab zakat emas perhiasan yang berbeza diamalkan di sebahagian negeri-negeri di Malaysia. Terdapat negeri yang mengambil kira nilai uruf emas perhiasan dalam menentukan nisab emas perhiasan manakala yang lainnya tidak mengambil kira nilai uruf.� Justeru, kertas ini cuba menganalisis kesan perbezaan pengukuran ini di beberapa negeri terpilih seperti Pulau Pinang, Selangor, Pahang dan Melaka. Kajian mendapati bagi negeri yang mengambil kira nilai uruf dalam pengiraan nisab zakat emas perhiasan, kadar zakat yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding negeri yang tidak mengambil kira uruf. Kajian ini juga mencadangkan penyetaraan kiraan zakat emas perhiasan dibuat di seluruh negeri bagi melancarkan kutipan zakat emas perhiasan serta mengelakkan zakat emas perhiasan dibayar di negeri yang bukan tempat pembayar bermastautin
Description
Keywords
Calculation, Zakat On Gold Jewellery, Uruf, Nisab