Publication:
Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Dimakan dan Peranan Medium Promosi:Kajian di Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cawangan Kajang, Selangor

Loading...
Thumbnail Image

Date

2019

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Zakat Fitrah adalah sesuatu ibadah wajib yang akan dilakukan oleh setiap umat Islam apabila menjelmanya bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh muslim seluruh dunia, iaitu Bulan Ramadan. Pada bulan ini juga merupakan bulan puncak bagi semua amil-amil zakat yang dilantik bagi menyempurnakan ibadah zakat mereka, tidak terkecuali para amil yang berkhidmat di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Pada tahun 2018, LZS memperkenalkan satu kempen yang dijelmakan sebagai Galakan Bayaran Zakat Fitrah Mengikut harga beras yang dimakan. Justeru kajian ini dijalankan bagi memperlihatkan keberkesanan kempen galakan berikut, tumpuannya menjurus kepada pembayar zakat fitrah yang membayar zakat fitrah di cawangan. Cawangan yang dipilih menjadi sampel kajian adalah di cawangan Kajang dan 110 responden dipilih secara rawak dan data dianalisis menggunakan pendekatan diskriptif. Hasil kajian ini mendapati majoriti responden memilih menurut galakan yang dicadangkan oleh pihak LZS berdasarkan jenis dan harga beras yang dimakan oleh responden. Kempen ini dianggap berjaya namun pendekatan promosi perlu ditingkatkan untuk memberi kesedaran kepada pembayar zakat fitrah terutama di Selangor. Beberapa implikasi dasar juga turut dibincangkan dalam kajian ini.

Description

Keywords

Zakat Fitrah, Galakan, Bayaran Zakat Fitrah, Selangor

Citation