Publication: Madrasah Al-Ahmadiah Al-Islamiah di Narathiwat, Thailand dan Koleksi Al-Quran: Satu Kajian Deskriptif
Loading...
Date
2018
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Madrasah al-Ahmadiah al-Islamiah adalah salah sebuah pusat pendidikan Islam yang diasaskan di Narathiwat, Thailand. Madrasah ini telah diasaskan oleh ilmuwan tempatan bernama Haji Ahmad bin Samae. Madrasah ini turut berperanan sebagai pusat pengumpulan manuskrip Melayu dan Islam di Selatan Thailand. Artikel ini bertujuan menyelidik latarbelakang institusi dan juga menyenaraikan koleksi manuskrip yang terdapat di situ. Metode kualitatif telah digunakan dalam mengumpulkan data kajian. Data telah dikumpulkan melalui temubual serta kajian kepustakaan yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 70 naskhah manuskrip Quran pelbagai saiz yang telah dipulihara. Kajian ini adalah penting dalam usaha memelihara, memartabatkan institusi tersebut serta dapat meningkatkan mobiliti akademik dalam pemuliharaan dan pengkajian khazanah manuskrip Nusantara.
Description
Keywords
Madrasah al-Ahmadiah al-Islamiah, manuskrip, selatan Thailand.
Citation
Syed Hassan, S. N., Ibrahim, N., Salaeh, A., Zakaria, N., & Mohamad Zainuzi, N. I. H. (2019). Madrasah Al-Ahmadiah Al-Islamiah di Narathiwat, Thailand dan Koleksi Al-Quran: Satu Kajian Deskriptif: Madrasah al-Ahmadiah al-Islamiah in Narathiwat, Thailand and Quran Collections: A Descriptive Analysis. Journal of Fatwa Management and Research, 13(1), 580-592. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol13no1.185