Publication: Penerimaan Fatwa Dalam Kalangan Masyarakat Muslim Malaysia:Satu Tinjauan Literatur
Loading...
Date
2021-04
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM Press
Abstract
Peranan fatwa dalam masyarakat Malaysia tidak tersangkal pentingnya sehingga institusi fatwa bukan sehaja diwujudkan bagi setiap negeri malah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan juga ditubuhkan bagi peringkat persekutuan. Sehingga hari ini sudah banyak fatwa yang telah diputuskan di peringkat negeri mahupun kebangsaan namun sejauh manakah tahap penerimaan masyarakat terhadap fatwa tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menyoroti kajian lepas berkaitan penerimaan fatwa dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Kaedah penyelidikan kualitatif melalui reka bentuk kajian analisis kandungan digunakan. Data yang dikumpul daripada bahan seperti buku, artikel dalam jurnal, prosiding, tesis dan disertasi dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan tahap penerimaan fatwa dalam kalangan masyarkat Muslim di Malaysia masih rendah dengan tiga sebab utama iaitu ketidaksampaian fatwa ke pengetahuan masyarakat, kekeliruan terhadap fatwa dan perbincangan serta rujukan fatwa tidak terperinci. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk memperbaiki tahap penerimaan fatwa dalam kalangan masyarakat Malaysia
Description
Vol. 24 No. 1 (2021): April Issue
Keywords
Tinjauan literatur, penerimaan, fatwa, Malaysia
Citation
Mohd Harifadilah Bin Rosidii, Ahmad Wifaq Bin Mokhtarii& Mohd Nasir Bin Abdul Majidi. (2021). Penerimaan Fatwa Dalam Kalangan Masyarakat Muslim Malaysia:Satu Tinjauan Literatur: Acceptance of Fatwa Among Malaysian Muslim Society:A Literature Review. Journal of Fatwa Management and Research, 24(1), 45-62. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol24no1.335