Publication:
Agricultural Zakat From The Islamic Perspective

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Di Malaysia, zakat pertanian hanya diwajibkan ke atas makanan asasi sesuatu tempat dan telah mencukupi nisab. Namun, terdapat isu ketidakselarasan taksiran zakat pertanian misalnya ketidakselarasan penetapan nisab bagi timbangan metrik gantang, dan kepelbagaian kadar yang dikenakan. Persoalannya, apakah faktor utama kepada isu ini? Justeru, kertas kajian ini merupakan usaha untuk mengetengahkan beberapa isu yang timbul dalam pendekatan konseptual' zakat pertanian dari perspektif Islam dengan menganalisa definisi zakat pertanian, tanaman yang dikenakan zakat, nisab, kadar yang dikenakan berdasarkan pengairan, dan potongan kos-kos tertentu sebelum diwajibkan zakat. Metodologi kualitatif digunakan bagi menganalisa data melalui kaedah induktif, deduktif, dan perbandingan. Hasil kajian menunjukkan bahawa ketidakselarasan taksiran zakat pertanian merupakan natijah daripada kepelbagaian cara berfikir dalam menentukan hukum menurut perspektif syarak bagi setiap mazhab. Implikasi kajian ini dapat membantu pembuat dasar dan pengurusan Institusi Zakat untuk menyelaraskan rangka kerja zakat pertanian berdasarkan keaslian undang-undang Islam bagi pembangunan dan pemantapan sosio ekonomi Malaysia.

Description

Keywords

Agriculture Zakat, Islamic Perspective, Framework

Citation

Ab Rahman, M. F., Abdullah Thadi, H. ’Azeemi, Ab Rahman, A., & Ab Rahim, S. F. (2020). Agricultural Zakat From The Islamic Perspective: Agricultural Zakat From The Islamic Perspective. Journal of Fatwa Management and Research, 17(2), 92–118. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol0no0.276