Publication: Manhaj Takhrij dan Aplikasinya kepada Kitab Minhaj Al-Talibin: Satu Tinjauan
Loading...
Date
2017
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Ilmu takhrij merupakan antara ilmu yang penting dalam pengajian usul fiqh. Ilmu ini merupakan salah satu metod untuk mengeluarkan hukum bagi sesuatu masalah. Namun pendedahan ilmu takhrij ini didapati kurang diketengahkan khususnya di Malaysia. Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan konsep ilmu atau manhaj takhrij dan kedudukannya dalam perbendaharaan fiqh. Selain itu, kajian ini akan menjelaskan bagaimana manhaj takhrij ini boleh diaplikasikan berasaskan kitab Minhaj al-Talibin. Kajian ini jelas mendapati kepentingan ilmu takhrij khususnya dalam pengeluaran hukum dan fatwa. Ia perlu difahami dan dipraktiskan oleh setiap penyelidik hukum Islam bagi memastikan isu-isu dan persoalan semasa dapat diselesaikan dengan baik
Description
Keywords
takhrij, manhaj, Minhaj al-Talibin, fatwa, hukum Islam.