Publication:
Pengurusan Mualaf Di Malaysia: Kerjasama Dinamik Antara Agensi Kerajaan Dan Bukan Kerajaan

Loading...
Thumbnail Image

Date

2018

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Statistik menunjukkan jumlah mualaf di Malaysia meningkat setiap tahun. Peningkatan ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya tiada satu sistem pengurusan yang sistematik dalam pengurusan bahan-bahan dan keperluan spiritual mualaf. Pengabaian dalam aspek keperluan mualaf akan mencetuskan konflik dan isu-isu lain. Di Malaysia, pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam menguruskan kebajikan mualaf di peringkat negeri adalah Majlis Agama Islam atau Jabatan Agama Islam. Kedua-dua agensi ini akan menguruskan pendaftaran mualaf, menyediakan bantuan kewangan dan kebajikan melalui peruntukan zakat, dan menganjurkan kelas pengajian agama. Di samping itu, kewujudan agensi-agensi bukan kerajaan (NGOs) seperti PERKIM, MACMA, KIMMA, ABIM dan lain-lain turut memainkan peranan diperingkat negeri dan kebangsaan. Agensi-agensi ini menganjurkan kelas-kelas pengajian dan aktiviti-aktiviti lain diperingkat agensi masing-masing. Di Selangor, untuk menguruskan mualaf secara efektif, Majlis Agama Islam Selangor telah mengadakan kerjasama bersama lima agensi bukan kerajaan. Walaubagaimanapun, kerjasama seperti ini tidak berlaku di negeri-negeri lain. Artikel ini akan membincangkan situasi di negeri-negeri lain di Malaysia dalam aspek kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam menguruskan mualaf.

Description

Keywords

Mualaf, Pengurusan Mualaf, Agensi Bukan Kerajaan

Citation