Publication: Barakah Ilmu Melalui Penggunaan Teknologi Komunikasi, Ipad dan Keberkesanannya
Loading...
Date
2019
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
iPad merupakan sebuah peranti yang direka hasil gabungan komputer dan tablet. Kegunaannya semakin meluas dan meliputi pelbagai urusan sama ada di pejabat dan sekolah ataupun untuk beraktiviti santai seperti bermain permainan video atau melayari internet. Peranti ini turut dijadikan medium untuk menimba ilmu di sekolah seawal tahun 2010 sebagai satu alat bantuan pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah terpilih di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan iPad dalam kalangan pelajar sekolah menengah dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual separa struktur. Oleh kerana ini adalah kajian awal, para penyelidik hanya menemubual dua orang guru dari setiap sekolah iaitu Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Melaka dan Kolej Genius Insan, Nilai yang menggunakan iPad dalam pembelajaran dan pengajaran mereka. Antara persoalan yang akan dijawab dalam kajian ini termasuklah kebaikan dan keburukan penggunaan iPad dalam kalangan pelajar, rutin penggunaan iPad dalam pembelajaran dan pengajaran sepanjang waktu sekolah, dan cabaran menimba ilmu barakah dengan peranti teknologi komunikasi yang terkini. Artikel ini merupakan ringkasan hasil dapatan awal kajian yang masih sedang berjalan. Hasil temubual awal menunjukkan penggunaan iPad di kedua buah sekolah ini menjadikan pembelajaran lebih efektif dan memudahkan guru-guru berinteraksi untuk menyampaikan maklumat, nota dan tugasan kepada semua murid.
Description
Keywords
iPad, Communication Technology, Education Technology, Blessing Knowledge