Publication: Wacana Tasawwuf Dalam Pemahaman Sifat 20
Loading...
Date
2017
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Iman dan akhlak adalah dua perkara yang seiring dibicarakan dalam wacana akidah Islamiyyah. Kesimpulannya yang menatijahkan tasdiq (pembenaran yang jazam) tidak hanya memahat iktikad pada hati mukmin malah menyimpulkan luhur budi pada sakhsiahnya, inilah yang dikenal pasti terdapat dalam manhaj akidah para ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Mazhab yang bertanggungjawab memperkenalkan kaedah makrifah Allah SWT yang dinamakan dengan Sifat 20, secara implisit telah menggabungkan pemikiran tauhid dan tasawwuf secara seimbang demi membentuk sebuah pendekatan yang mapan bagi memerangi kebatilan syirik dan dalam masa yang sama memupuk akhlak mulia ke dalam pekerti insan. Memperkatakan tentang pendekatan ini, tidak lain hanyalah meneroka kembali jihad salaf al-salih yang gigih membangun ummah dan tamadun Islam. Bagi melihat perkara ini dengan lebih lanjut, makalah yang disediakan ini akan mengupas pendekatan Sifat 20 dari sudut gabungannya dengan tasawwuf yang dihadam dan perhalusi oleh ilmuwan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Oleh itu, kelebihan penjelasan diberikan kepada tokoh-tokohnya yang masyhur – yang berupaya menjelaskan akidah menurut perspektif tasawwuf seperti al-Muhasibi (m. 234H), al-Kharraz (m. 277H) dan al-Ghazzali (m. 505H). Semoga makalah ini dapat menambah pemahaman terhadap pendekatan Sifat 20, ke arah membangun insaniah Muslimin, seterusnya memperkasa manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah di nusantara, khasnya di bumi bertuah ini. Wa billah al-musta‘an.
Description
Keywords
Tasawwuf, Akidah, Akhlak, Sifat 20, Ahl-Al-Sunnah Wa Al-Jama'Ah