Publication: Pengamalan Demokrasi Di Dunia Islam Menurut Perspektif Islam
Loading...
Date
2017
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Artikel ini membicarakan mengenai demokrasi Islam dari segi takrif, ciri-ciri dan perbezaan dengan demokrasi barat. Demokrasi mutlak seperti yang diamalkan di negara-negara barat adalah sesuatu yang mengancam kestabilan ajaran Islam kerana kebebasan yang dibenarkan Islam mempunyai batasan tertentu. Penulis menghuraikan syarat-syarat penerimaan demokrasi Islam serta konsep majoriti dan minoriti dalam Islam. Gagasan demokrasi Islam merupakan formula dalam merangka sistem politik Islam yang lebih dinamik. Masa depan demokrasi di Malaysia banyak bergantung kepada kekuatan umat Islam dalam mengawal autoritarianisme dan demokrasi yang dijalankan oleh pemerintah agar ia serasi dengan nilai-nilai Islami. Oleh itu, dalam mewujudkan landasan baru politik Muslim dan demokrasi Islam maka timbal balik antara golongan Islamis, parti pembangkang, NGO dan pemerintah sangat diperlukan dan kerjasama itu akan menguntungkan rakyat.
Description
Keywords
Demokrasi, Demokrasi Islam, Majoriti Dan Minoriti, Negara Islam