Publication: Tarikh Sebenar Batu Bersurat Terengganu Berdasarkan Teknik Tawafuq (Bacaan Ketetapan): Jadual Waktu Hijrah Dan Al-Quran
Loading...
Date
2019
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Dakwah Rasulullah untuk menegakkan syariat Allah berdasarkan Al-Quran telah berhasil sampai ke Nusantara. Batu Bersurat Terenganu (BBT) adalah batu tanda yang Allah timbulkan semula di Sungai Tersat Terengganu untuk menjadi bukti bahawa telah hadirnya Islam di Tanah Melayu yang lebih awal dari Melaka. Pelbagai kajian telah dibuat ke atas BBT dalam pelbagai aspek. Walau bagaimanapun belum ada kajian yang merujuk Al-Quran untuk memahami kandungan yang ada pada BBT. Oleh itu, penulisan ini merakamkan kajian yang telah dibuat oleh Institut Tahfiz Al-Quran lil Muttaqin, iaitu meneliti semula ketepatan tarikh Batu Bersurat Terengganu menggunakan metodologi qualitatif dengan teknik Tawafuq (bacaan ketetapan) berdasarkan Al-Quran. Analisis dibuat menggunakan analisa perincian kandungan. Dapatan kajian mendapati tarikh sebenar BBT adalah 6 Rejab 702 Hijrah bertepatan dengan penemuan Tuan Haji Mohd. Khair bin Haji Mohd. Taib, seorang ulama dan ahli falak dalam kertas kerja ‘Ketetapan Tarikh Pada Batu Bersurat’ pada tahun 1981. Penemuan ini menampakkan bahawa teknik Tawafuq (bacaan ketetapan) dan jadual waktu hijrah berdasarkan Al-Quran ini mempunyai potensi yang sangat besar dalam penerokaan ilmu dan penyelidikan.
Description
Keywords
Tarikh Sebenar, Batu Bersurat Terengganu, Teknik Tawafuq (Bacaan Ketetapan), Al-Quran, Jadual Waktu.
Citation
Abdul Latip, N.S., Abbas, M., Mohamad, S., Kamaruddin, N.H., Roslan, S., Mohamed, A., Mohd Razuki, A., Idris, M.I. and Osman, H. 2019. TARIKH SEBENAR BATU BERSURAT TERENGGANU BERDASARKAN TEKNIK TAWAFUQ (BACAAN KETETAPAN): JADUAL WAKTU HIJRAH DAN AL-QURAN: Actual Date of the Trengganu Inscription Stone based on Tawafuq Technique: Time-table of Hijrah and the Al-Quran. ‘Abqari Journal. 17, 1 (Feb. 2019), 65-74. DOI:https://doi.org/10.33102/abqari.vol17no1.87.