Publication: Cadangan Model Integrasi Dalam Sesi Kaunseling Untuk Pasangan Beragama Islam
Loading...
Date
2018
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Selaras dengan polisi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020 yang menumpukan kepada aspek ekonomi dan sosial,institusi perkahwinan dan keluarga perlu diperkukuhkan. Proses pembangunan yang pantas memberi tekanan dan cabaran kepada institusi kekeluargaan. Walaupun banyak usaha telah dilaksanakan bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan, masih kurang bukti yang menunjukkan keberkesanan usaha sedia ada. Kertas kerja ini bertujuan untuk menerangkan satu model yang berasaskan integrasi kaunseling konvensional dan pendekatan Islam untuk membantu pasangan Islam dalam kaunseling. Kajian ini akan melibatkan analisis teks Qut al Qulb karangan Abu Talib al-Makki dan kajian lepas tentang bahan-bahan daripada kedua-dua kaunseling konvensional dan Islam. Model ini menekankan tentang kepentingan intervensi kaunseling yang menggabungkan kedua dua elemen naqli dan aqli bagi menyokong klien orang Islam. Model ini berpotensi untuk menjadi panduan apabila berhadapan dengan pasangan beragama Islam. Adalah diharapkan kajian ini meningkatkan kesedaran untuk menambahbaik perkhidmatan kaunseling kepada pasangan Islam. Selain daripada itu, kajian ini juga diharap dapat meningkatkan kesejahteraan institusi kekeluargaan dan masyarakat amnya.
Description
Keywords
Pasangan, Kaunseling, Muslim, Modal, Penyatuan Pengetahuan