Publication:
Pendekatan Ahli Sunnah Wal-jamaah Hj Mohd Yasin B Muhammad Dalam Pendidikan Masyarakat Islam Di Negeri Johor

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Pendidikan adalah bidang yang penting dalam agama Islam. Ahli Sunnah wal-Jamaah pula merupakan pendekatan sederhana dan diakui mazhab muktabar yang menjadi pegangan majoriti ummah di dunia Islam. Haji Mohd Yasin b Muhammad, seorang tokoh Ulama Melayu di negeri Johor telah dikesan mengapplikasikan pendekatan Ahli Sunnah wal-Jamaah dalam pendidikan masyarakat Islam di negeri tersebut. Penulisan ini menggunakan pendekatan sejarah dalam menjelaskan pendekatan, pemikiran dan sumbangannya dalam memperkukuhkan pendidikan agama Islam terhadap masyarakat Islam di Johor. Berdasarkan usahanya, didapati bahawa beliau telah menerapkan pendidikan dan amalan agama Islam berdasarkan mazhab ahli Sunnah wal- Jamaah dengan jelas melalui sumber kitab rujukan turath Islam muktabar dan pegangannya dalam menyebarkan ajaran Islam.

Description

Vol. 25 No. 1 (2021): Journal of Islamic Social Sciences and Humanities

Keywords

Haji Mohd Yasin, Ahli Sunnah wal-Jamaah, Pendidikan

Citation

Mahyuddin, M.K., Abd Ghani, Z. , Mohamed Ariffin, M.Y. , Sipon, S. and Mokhtar, A.N. 2021. Pendekatan Ahli Sunnah wal-Jamaah Hj Mohd Yasin b Muhammad dalam Pendidikan Masyarakat Islam di Negeri Johor: The Approach of Ahli Sunnah Wal-Jamaah by Hj Mohd Yasin B Muhammad in the Education of Society in the State of Johor . ‘Abqari Journal. 25, 1 (Sep. 2021), 133-153. DOI:https://doi.org/10.33102/abqari.vol24no2.308.