Publication:
Kesesuaian Kandungan Buku Iqra' Braille 1 Sebagai Permulaan Pengajaraan Al-Quran kepada Golongan OKU Penglihatan

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran al-Quran bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng. Justeru, kertas kerja ini akan membahaskan mengenai Iqra’ Braille yang telah ditranskripsikan oleh beberapa penyelidik dari Universiti Sains Islam Malaysia. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan menganalisa buku Iqra’ Braille 1 dari aspek isi kandungan, panduan dan aktiviti serta persembahan. Objektif kajian ini adalah 1) mengenalpasti kesesuaian isi kandungan Iqra’ Braille 1 sebagai pengenalan asas al-Quran kepada golongan OKU penglihatan, 2) mengenalpasti kesesuaian panduan dan aktiviti yang terdapat dalam Iqra’ Braille 1 sebagai pengenalan asas al-Quran kepada golongan OKU penglihatan, dan 3) mengkaji kesesuaian persembahan Iqra’ Braille 1 bagi golongan OKU penglihatan. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan Iqra’ Braille 1 sesuai digunakan sebagai permulaan pengajaran al-Quran bagi OKU penglihatan dari sudut isi kandungan, panduan dan aktiviti serta persembahan. Iqra’ Braille 1 juga sangat membantu OKU penglihatan dalam mempelajari al-Quran. Namun begitu terdapat beberapa penambahbaikan yang harus dilakukan bagi menyesuaikan penggunaan Iqra’ Braille 1 dengan keupayaan golongan OKU penglihatan. Para penyelidik masa hadapan dicadangkan untuk mengkaji sudut kemampuan dan tempoh yang diambil oleh pelajar golongan OKU penglihatan dalam menghabiskan silibus pembelajaran Iqra’ Braille 1.

Description

Keywords

Kesesuaian, Buku Iqra' Braille 1, Pemulaan Pengajaran Al-Quran, OKU Penglihatan

Citation