Publication: Kajian Pola dan Makna Kontekstual Perkataan Basar dalam Surah al-Isra'
Loading...
Date
2018
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan pada 15 kurun yang lalu. Setiap huruf, perkataan, ayat dan surah di dalamnya mengandungi pola yang sempurna dan tersusun indah. Setiap pola dalam al-Quran mempunyai makna yang signifikan untuk dikaji. Secara umumnya kajian mengenai pola al-Quran telah banyak dijalankan. Walaubagaimanapun tiada kajian spesifik mengenai pola berdasarkan perkataan dalam al-Quran khususnya perkataan basar. Tambahan pula terjemahan al-Quran sedia ada didapati tidak mengambil kira aspek pemaknaan secara kontekstual sesuatu perkataan dalam terjemahan mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola perkataan basar dalam surah al-Isra’, menganalisis makna perkataan basar dan mengklasifikasikannya berdasarkan pendekatan tematik terhadap makna konteks ayat. Kertas kerja ini merupakan kertas kerja konseptual dengan menggunakan kaedah kualitatif serta kaedah analisis kandungan berdasarkan pendekatan tematik. Hasil dapatan kajianmendapati dalam surah al-Isra’terdapat 8 pengulangan perkataan “basar”. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawasetiap perkataan basara mempunyai makna yang berbeza berdasarkan derivasi dan makna konteks setiap ayat. Pemahaman khusus sebegini perlu dikaji secara lebih meluas terhadap perkataan yang ada di dalam al-Quran, lebih-lebih lagi terjemahan al-Quran sedia ada tidak mengambil kira pendekatan ini dalam penterjemahan mereka.
Description
Keywords
Pola, Makna Konteksual, Basar, Surah Al-Isra', Tafsir