Publication:
Keperluan Penyeragaman Gaya Penulisan Takhrij Bagi Penulisan Ilmiah: Satu Cadangan

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Takhrij hadis adalah penyataan sumber asal bagi hadis daripada sumber-sumber utama Islam. Objektifnya ialah untuk memelihara hadis Nabi SAW daripada dimanipulasi serta menjelaskan perkara lain yang berkaitan dengan hadis tersebut. Penyataan takhrij telah menjadi budaya pada penulisan hari ini. Kebanyakkan penulisan, terutamanya penulisan ilmiah, menyaratkan agar setiap hadis yang dibawakan dalam penulisan itu perlu dikemukakan takhrijnya. Namun, meskipun begitu, kebanyakkan takhrij yang dikemukakan didapati tidak mempunyai keseragaman dari sudut gaya penulisan. Ketidakseragaman tersebut berpunca daripada ketiadaan garis panduan yang jelas dalam dalam menentukan gaya tertentu. Artikel ini bertujuan membincangkan ketidakseragaman tersebut serta mencadangkan beberapa gaya agar diaplikasikan dalam penulisan ilmiah.

Description

Keywords

Takhrij, Seragam, Gaya, Penulisan Ilmiah

Citation