Publication:
Implikasi Kaedah Tahfiz Akhyar terhadap Pembelajaran dan Pengajaran Surah Al-Fatihah kepada Murid Pekak

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Pendidikan Islam penting dalam kehidupan setiap murid yang beragama Islam. Setiap Muslim yang beriman kepada Allah wajib diberikan pendidikan Islam termasuk golongan OKU. Kajian ini dijalankan untuk melihat pencapaian dan maklum balas murid pekak menghafal surah al-Fatihah dengan menggunakan deria visual. Satu kajian kes telah dijalankan bagi memperoleh data kualitatif daripada temu bual dan analisis dokumen. Seramai empat orang murid pekak yang mempunyai tahap kognitif yang berbeza dipilih untuk terlibat sebagai peserta dalam kajian ini. Kajian mendapati semua peserta kajian dapat menghafal surah al-Fatihah menggunakan deria visual. Kaedah ini telah dilaksanakan di sebuah institusi dibawah kendalian badan bukan kerajaan (NGO). Kaedah yang sama boleh dicadangkan untuk digunakan di sekolah kerajaan

Description

Vol. 4 No. 2 (2020)

Keywords

Murid Pekak, Pendidikan Islam, Kaedah Hafazan.

Citation

Abdul Samat, M. Z., & Abd Majid, R. (2020). Implikasi Kaedah Tahfiz Akhyar terhadap Pembelajaran dan Pengajaran Surah Al-Fatihah kepada Murid Pekak: Implication of Tahfiz Akhyar Method on Learning Surah Al-Fatihah to Hearing Impaired Student. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 4(2), 34-44. https://doi.org/10.33102/jqss.vol4no2.75