Publication:
Model Interaksi dengan Allah dan Alam Berasaskan al-Quran dalam Pembelajaran Abad ke-21 Pendidikan Islam

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Artikel ini mengetengahkan aplikasi Fuzzy Delphi Method (FDM) terhadap elemen interaksi dengan Allah dan alam dalam konstruk komunikasi bagi mereka bentuk dan membangunkan Model Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) Pendidikan Islam berasaskan analisis kandungan al-Quran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsensus pakar terhadap item-item kemahiran komunikasi dalam PAK21 Pendidikan Islam, bersumberkan ayat-ayat al-Quran yang bertemakan komunikasi dengan memberi fokus kepada elemen interaksi dengan Allah dan alam. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah diberikan kepada 11 orang pakar dalam bidang Tafsir al-Quran dan Pendidikan Islam yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun. Dapatan kajian menunjukkan tujuh item interaksi dengan Allah dan interaksi dengan alam telah diterima berdasarkan kesepakatan pakar. Item-item tersebut menepati syarat penerimaan dengan nilai threshold (d) adalah kurang daripada 0.2, peratus kesepakatan pakar adalah melebihi 75% dan nilai defuzzification adalah melebihi 0.5. Hasil kajian ini berjaya membentuk model interaksi dengan Allah dan alam dalam kemahiran komunikasi bagi PAK21 Pendidikan Islam.

Description

Vol. 4 No. 2 (2020)

Keywords

Interaksi dengan Allah, Interaksi dengan Alam, PAK21, Pendidikan Islam

Citation

Wan Abdullah, W. A. A., Wan Mohamad, W. M., & Mat Teh, K. S. (2020). Model Interaksi dengan Allah dan Alam Berasaskan al-Quran dalam Pembelajaran Abad ke-21 Pendidikan Islam : Model of Interaction with Allah and Nature Based on Quran in the Learning of 21st Century Islamic Education. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 4(2), 22-33. https://doi.org/10.33102/jqss.vol4no2.73