Publication:
Potensi Ancaman Kebangkitan Kuasa Ekonomi Dan Ketenteraan China Dalam Rantau Asia Pasifik

Loading...
Thumbnail Image

Date

2016

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Sejak dahulu lagi para sarjana antarabangsa telah meramalkan China akan bangkit sebagai salah satu kuasa besar dalam ekonomi politik antarabangsa. Berdasarkan potensi China untuk bangkit sebagai kuasa nombor dua dunia, kertas kerja ini akan membincangkan bentuk-bentuk potensi ancaman China melalui ekonomi dan ketenteraan yang boleh mengancam keselamatan rantau Asia Pasifik. Objektif utama kajian ini ialah mengkaji faktor-faktor kebangkitan China sebagai kuasa baru ekonomi dunia dan mengenalpasti potensi ancaman ketenteraan China terhadap keselamatan rantau Asia Pasifik. Kajian ini menggunakan konsep keselamatan insan dan dilema keselamatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa China sememangnya telah berjaya menjadi kuasa besar dalam ekonomi dunia selepas menganggotai WTO. Namun begitu, dalam perkembangan ekonomi politik antarabangsa masa kini menunjukkan China tidak menggugat sepenuhnya order antarabangsa yang sedia ada melalui ketenteraannya. China dilihat telah berusaha gigih menjalinkan kerjasama berteraskan semangat kejiranan dan hubungan ekonomi yang mapan dengan negara rantau Asia Pasifik dan Amerika Syarikat.

Description

Keywords

Kebangkitan China, kuasa besar, ancaman ekonomi, ancaman keselamatan, hubungan serantau

Citation