Publication:
Legasi Al-Tarmasiy Dalam Bidang Qiraat

Loading...
Thumbnail Image

Date

2020-05

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

USIM Press

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Al-Tarmasiy merupakan seorang ulama nusantara yang prolifik. Beliau banyak menghasilkan kitab dalam pelbagai disiplin pengajian Islam. Namun keunggulan beliau dalam bidang qiraat lebih terserlah. Karya beliau dalam bidang qiraat mewakili peratusan yang tertinggi berbanding bidang pengajian Islam yang lain. Justeru kertas kerja ini dihasilkan bagi menyingkap legasi beliau dalam bidang qiraat. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif dan berbentuk analisis kandungan dengan berpandukan kepada kitab-kitab qiraat karangan beliau. Hasil kajian mendapati terdapat enam buah kitab yang telah dihasilkan oleh al-Tarmasiy dalam bidang qiraat. Kitab-kitab tersebut iaitu Tacmim al-Manafic bi Qira’at al-Imam Nafic, Tanwir al-Sadr bi Qira’at al-Imam Abi cAmr, Ghunyat al-Talabah bi Sharh al-Tayyibah, Al-Badr al-Munir fi Qira’at al-Imam Ibn Kathir, Al-Risalah al-Tarmasiyyah fi Isnad al-Qira’at al-cAshriyyah dan Inshirah al-Fawaid fi Qira’at al-Imam Hamzah Riwayatay Khalaf wa Khallad. Implikasinya kajian ini dapat menyumbang ke arah usaha mentahkik kitab-kitab qiraat al-Tarmasiy serta menterjemahkannya dan mensyarahkannya ke dalam bahasa ibunda.

Description

Vol. 5 No. 1 (2020): Jurnal Sains Insani

Keywords

Al-Tarmasiy, Manuskrip dan Qiraat

Citation

Hussin, H., Ahmad, A. R., Saleh, M. H., & Musa, M. A. (2020). Legasi Al-Tarmasiy Dalam Bidang Qiraat. Sains Insani, 5(1), 108-114. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no1.161