Publication:
Sikap Politik Urban Melayu

Loading...
Thumbnail Image

Date

2016

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kajian perbandingan mengenai sikap politik antara masyarakat urban dan luar bandar telah menjadi fokus dalam kalangan sarjana, terutama selepas keputusan pilihan raya umum ke 13.Namun begitu, literasi kajian mengenai sikap politik yang tertumpu pada etnik yang spesifik masih lagi kurang. Artikel ini berhasrat mengenalpasti sikap politik urban Melayu, terutamanya dalam konteks toleransi politik. Kajian ini membincangkan mengenai sikap politik urban Melayu melalui rekabentuk kajian kuantitatif dengan instrumen soalselidik di tiga kawasan urban iaitu Johor Bahru, Shah Alam dan Bukit Bendera. Dapatan kajian merumuskan bahawa pengundi Melayu di kawasan urban terbuka dalam menerima perbezaan parti politik malah ukuran etnik bukanlah kriteria terhadap pencalonan dalam pilihan raya. Kajian ini menghujahkan kecenderungan pola sokongan parti politik kumpulan urban Melayu juga bersifat longgar dengan melepasi sempadan parti bersifat agama, etnik mahupun liberal. Analisa lanjut dan cadangan dibincangkan dalam artikel ini.

Description

Keywords

Toleransi Etnik, Toleransi Politik, Kelakuan Pengundi, Modenisasi

Citation

Mohd Nizah, M. A., Abdul Azzis, M. S., Abu Bakar, A. R., & Mak Din, H. A. (2016). Sikap Politik Urban Melayu. Sains Insani, 1(1), 1-8. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol1no1.1