Publication:
Penilaian Hadith Maudhu' Dalam Kitab al-Yawaqit wa al-Jawahir fi 'Uqubah Ahli al-Kabair , karangan Muhammad Ali Bin Abdul Rasyid Bin Abdullah al-Jawi al-Qadhi al-Sambawi

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Penulis cuba membincangkan dan memperkenalkan sebuah kitab jawi iaitu Kitab al-Yawaqit wa al-Jawahir fi 'Uqubah Ahli al-Kabair, yang dikarang oleh Muhammad Ali Bin Abdul Rasyid Bin Abdullah al-Jawi al-Qadhi al-Sambawi ditulis sekitar kurun ke 19 Masihi. Kitab ini dianggap penting dan telah digunakan secara meluas sebagai bahan pembelajaran samada di masjid-masjid dan di sekolah-sekolah pondok. Kandungannya terdapat banyak hadith-hadith yang berbentuk galakan melakukan kebaikan dan amaran daripada kejahatan. Ia mengandungi 12 bab dimulakan dengan bab ancaman sesiapa yang meninggalkan sembahyang dan diakhiri dengan bab sifat syurga dan ahlinya. Berdasarkan kajian didapati kitab ini mempunyai kebaikan dan kekurangannya, hadith-hadith di dalamnya terdapat berbagai status ada sahih, hasan, dhaif dan maudu'. Kajian ini berbentuk kajian perpustakaan. Penulis membataskan kajian terhadap hadith yang berstatus maudu’ di dalamnya, jumlah keseluruhan hadith dalam kitab ini adalah 87 hadith dan hasil kajian mendapati sejumlah hadith maudu’telah ditemui iaitu sebanyak 32 hadith maudhu’.

Description

Keywords

Hadith Maudhu', Kitab Jawi, Sekolah Pondok, al-Yawaqit

Citation