Publication:
Penglibatan Wanita Sebagai Penentu Dasar Dari Sudut Pandangan Al-Siyasah Al-Syar'iyyah : Kajian Kes Sektor Perbankan Islam Di Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) dan pelancaran pertamanya adalah pada tahun 1989 sehingga ke tahun 2020. Antara matlamat DWN, ialah perkongsian saksama antara wanita dan lelaki dalam memperoleh dan mengawal sumber dan peluang penyertaan serta menikmati manfaat pembangunan. Ini adalah peluang yang amat baik untuk menampilkan keupayaan wanita dalam semua sektor ekonomi negara. Kertas ini cuba menggariskan keserasian usaha ini dengan prinsip-prinsip al SiyÄsah al Syarciyyah.yang memartabatkan tadbir urus yang baik, penglibatan holistik, keperluan manusia dan kepentingan bersama. Kertas ini mengutarakan satu kajian kes yang meneliti lantikan wanita yang menganggotai lembaga pengarah bank dan badan penasihat Syariah bank di 16 buah institusi bank Islam di Malaysia dari tahun 2012 sehingga tahun 2018, suatu lantikan yang penting dan melibatkan pembuatan keputusan dalam sektor tersebut. Kajian mendapati bahawa sungguhpun tenaga kepakaran Malaysia di dalam sektor perbankan Islam telah diiktiraf di persada antarabangsa, penglibatan wanita sebagai penentu dasar dalam tempoh masih tidak mencapai sasaran minima 30%. Kertas ini mencadangkan peningkatan penglibatan wanita dalam sektor ini. Penglibatan wanita secara umum dalam penentuan dasar juga adalah selari dengan semangat al SiyÄsah al Syarciyyah untuk tadbir urus yang baik, penglibatan menyeluruh dan kelestarian pembangunan.

Description

Keywords

Lembaga Pengarah, Wanita, Institusi Perbankan Islam, Dasar Wanita Negara 2020, Keletarian & al-Siyasah al-Syariyyah

Citation