Publication: Model Pusat Sehenti Pengurusan Harta Pusaka Islam (Faraid)
Loading...
Date
2021-06
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM Press
Abstract
Faraid merupakan sebuah sistem pengurusan harta selepas kematian yang dianjurkan oleh Islam. Di
Malaysia, bidang kuasa hal ehwal Islam termasuk pengurusan harta pusaka adalah terletak di bawah
kuasa pentadbiran negeri. Walau bagaimanapun, sistem pengurusan harta pusaka pada masa kini
dilihat masih memerlukan kepada penambahbaikan dan transformasi dari sudut pengurusan dan
pentadbirannya. Anggaran sebanyak RM60 bilion harta masih belum dituntut disebabkan oleh
kesedaran masyarakat tentang pengurusan harta pusaka masih lagi di tahap yang rendah di samping
kekeliruan dengan wujudnya pelbagai agensi yang menguruskan harta pusaka. Justeru, pembangunan
model pusat sehenti pengurusan harta pusaka atau FOSC (Faraid One-Stop Centre) ini merupakan
sebuah inisiatif yang dibangunkan untuk memudahkan masyarakat menyelesaikan masalah berkaitan
harta pusaka dengan lebih efisien. Model pusat sehenti pengurusan harta pusaka (FOSC) ini
menyatukan semua agensi-agensi yang terlibat dengan pengurusan harta pusaka di bawah satu pusat
bagi memudahkan pengurusan harta pusaka. Model FOSC terdiri daripada lima agensi iaitu Faraid
USIM Consultant (FUSACA), Bahagian Harta Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad, Majlis Agama
Islam Negeri dan Agensi Guaman & Perundingan. Faraid USIM Consultant (FUSACA) dijadikan
agensi yang berperanan penting dalam membuat keputusan dan memberi khidmat nasihat kepada
pelanggan. Manakala, Bahagian Harta Pusaka Kecil sebagai agensi yang merekod kes yang dipohon
dan diselesaikan dan Amanah Raya Berhad merupakan agensi yang menguruskan hal yang melibatkan
harta alih dan mengeluarkan Akuan atau Arahan bagi harta alih. Majlis Agama Islam Negeri
menyediakan khidmat pengiraan jumlah nilaian dan bahagian harta pusaka dan Agensi Guaman &
Perundingan sekiranya pelanggan memerlukan khidmat peguam atau nasihat. Model FOSC ini boleh
menjadi rujukan dan panduan kepada agensi berwajib berkaitan harta pusaka dalam mewujudkan pusat
sehenti di negeri masing-masing. Model FOSC ini juga amat diyakini dapat memperkasakan
pengurusan harta pusaka di Malaysia dan secara langsung dapat memudahkan masyarakat
menguruskan harta pusaka secara mudah dan sahih.
Description
Keywords
Pusat Sehenti, Faraid, Harta Pusaka, Model, Efisien