Publication:
Arak Dan Minuman-Minuman Yang Memabukkan Menurut Pandangan Ulama Empat Mazhab Dan Fatwa

Loading...
Thumbnail Image

Date

2018

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Syariat Islam telah mengharamkan penggunaan arak sebagai minuman dan telah menetapkan hukuman hudud kepada pesalah. Isu permasalahan yang timbul adalah dengan adanya pelbagai jenis minuman selain arak pada masa kini yang juga boleh memabukkan baik dengan prosesnya secara mutlak seperti bir mahupun perubahannya secara semula jadi seperti perapan anggur. Isu tersebut telah dibahaskan oleh para ulama� fuqaha� 4 mazhab. Arak bukan sahaja minuman yang dihasilkan dari perahan buah anggur, malah para ulama� fuqaha� empat Mazhab juga mendefinisikan arak sebagai segala minuman yang memabukkan. Akan tetapi, terdapat perselisihan pendapat antara mereka mengenai beberapa keadaan yang membolehkan sesuatu minuman itu dikategorikan sebagai arak. Mereka bersepakat dalam menetapkan 40 sebatan bagi hukuman had minum arak. Namun, Mazhab Hanafi berbeza dalam membahagikan hukuman had minum arak kepada dua iaitu hukuman had minum dan had mabuk. Selain itu juga, mereka mempunyai pandangan yang berbeza tentang syarat perbuatan minum itu bagi mensabitkan seseorang bersalah serta dihukum had minum arak. Oleh itu, kajian ini dibuat bagi menjelaskan perbezaan pendapat tentang arak di kalangan empat mazhab Islam dan fatwa ini.

Description

Keywords

Arak, Maqasid, �Illah dan Hudud

Citation