Publication: Kajian Uruf Sebagai Justifikasi Penerimaan Dalam Tanah Adat- Satu Analisa Fiqh
Loading...
Date
2017
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Islam telah menetapkan kaedah tertentu dalam pembahagian harta warisan termasuklah tanah adat. Dalam pada itu, budaya setempat mempunyai kaedah tersendiri dalam isu pemberian tanah adat yang berbeza dengan kaedah faraid. Kajian ini akan mengkaji sejauh mana budaya setempat atau uruf ini boleh diterima pakai dalam isu pembahagian tanah adat khususnya di Negeri Sembilan. Dalam masa yang sama, kajian ini akan membincangkan syarat-syarat penerimaan uruf dalam pemberian harta pusaka berdasarkan nas al-Quran, Hadis dan pandangan ulama fikah serta dapatan temuramah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif yang menggunapakai kaedah analisa dokumen dan temubual berstruktur separa. Hasil kajian ini merumuskan bahawa perwarisan tanah adat adalah suatu praktis yang telah diamalkan sejak zaman berzaman di Negeri Sembilan mengikut adat Minangkabau tetapi perlu diselarikan dengan hukum syarak. Selain itu, pemberian tanah adat ini tidak bersifat mutlak, tetapi berdasarkan konsep pemegang amanah yang menyatakan bahawa wanita menjaga amanah tanah adat suku masing-masing. Kajian ini sangat signifikan dalam menyelesaikan isu pewarisan tanah adat untuk menentukan sama ada praktis pemberian tanah adat adalah bertepatan atau bersalahan dengan hukum syarak.
Description
Keywords
Tanah adat, harta, pembahagian, syarak, uruf.