Publication: Faktor Perkembangan Undang-Undang Angkasa Lepas Antarabangsa: Satu Analisa Perundangan (Malay)
Loading...
Date
2015
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Sejak mutakhir ini, keperluan kepada perkembangan undang-undang angkasa lepas telah menjadi antara topik utama perbincangan di peringkat antarabangsa. Malah ianya dianggap satu usaha penting dalam memastikan undang-undang ini selari dengan perkembangan teknologi angkasa. Perkembangan ini umumnya didorong oleh beberapa faktor yang menyumbang kepada kesinambungannya. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan faktor-faktor tersebut dan bagaimana ia menyumbang kepada perkembangan undang-undang angkasa antarabangsa. Ia berupa kajian perpustakaan yang menganalisis data-data dari sumber kajian yang berautoriti dalam bidang perundangan angkasa. Hasil dapatan menunjukkan bahawa perkembangan ini umumnya didorong oleh 3 faktor utama iaitu: (1) evolusi penulisan awal undang-undang angkasa lepas; (2) peranan dan penglibatan pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu; dan (3) institusi undang-undang angkasa lepas dan organisasi sosial. Perkembangan undang-undang angkasa lepas antarabangsa tidak akan mencapai tahap sekarang tanpa sumbangan daripada faktor-faktor ini. Perkembangan ini mestilah dipergiatkan lagi demi menghadapi pelbagai cabaran baru di masa hadapan.
Description
Keywords
undang-undang angkasa lepas, faktor perkembangan, Jawatankuasa Penggunaan Angkasa Lepas Secara Aman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu