Publication:
Penentuan Had Kifayah dan Elemen Keperluannya Dalam Pembahagian Zakat Semasa

Loading...
Thumbnail Image

Date

2018

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Zakat merupakan salah satu rukun Islam dan sebahagian daripada syiar Islam. Zakat menyempurnakan sifat saling berhubungan, bantu membantu dan berkasih sayang antara sesama Islam serta memenuhi hajat dan keperluan orang yang memerlukan. Banyak penulisan berkaitan zakat, penafsiran hukum dan pemerincian mengenainya dalam kitab-kitab fiqh. Realiti semasa memperlihatkan sesetengah masyarakat Islam kurang mengambil perhatian terhadap hukum zakat, antaranya tidak memahami harta yang diwajibkan zakat, nisab pembahagiannya, siapa yang berhak menerimanya dan syarat wajib untuk mengeluarkan zakat. Antara persoalan yang sentiasa menjadi perbincangan dalam bab zakat ialah masalah menentukan had kifayah. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan had kifayah, iaitu menganalisis maksud sebenar had kifayah, mencari solusi fiqh terhadap isu had kifayah dengan mengkaji persamaan dan perbezaan di kalangan fuqaha mengenainya, menerangkan kadar penentuan kifayah dan elemen-elemen yang sepatutnya diambilkira dalam penentuan had kifayah berdasarkan penelitian secara induktif (istiqra�) pandangan fuqaha terdahulu. Penulisan ini akan menggunakan pendekatan kajian perbandingan antara pendapat fuqaha dan melakukan analisis secara deskriptif terhadap dalil-dalil yang dikemukakan oleh para fuqaha dan mengaitkannya dengan realiti semasa.

Description

Keywords

zakat, had kifayah, kekayaan

Citation