Publication:
Pembuktian Melalui Televisyen/ Kamera Litar Tertutup (CCTV) Dalam Kes-Kes Jenayah: Tinjauan Umum Berdasarkan Undang-Undang Keterangan Islam

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Televisyen/ Kamera Litar Tertutup (Closed-Circuit Television) atau singkatannya CCTV diklasifikasikan sebagai dokumen elektronik. Sebarang rakaman elektronik, berdasarkan� tafsiran dalam Seksyen 3, Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 adalah termasuk dalam kategori dokumen dan diguna pakai sebagai salah satu kaedah pembuktian �termasuk dalam kes-kes jenayah. Pada 12 Julai 2017, satu pindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan terhadap Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang memperuntukkan pegawai Penguat kuasa Agama Islam Negeri Kelantan untuk menggunakan gari terhadap suspek dan membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan bagi kes-kes jenayah termasuk zina, qazaf dan seumpamanya. Kertas kerja ini akan membincangkan pembuktian melalui CCTV dalam kes-kes jenayah Hudud, Qisas dan Takzir berdasarkan undang-undang Keterangan Islam. Perbincangan juga akan melihat sejauh manakah CCTV ini dapat dijadikan bahan bukti dan apakah Prosedur Operasi Standard (SOP) �yang perlu dilalui oleh pihak tertuduh mahupun pendakwa sebelum ia diterima sebagai bahan bukti bagi mensabitkan pertuduhan yang telah dibuat di dalam mahkamah.

Description

Keywords

CCTV, Pembuktian Kes-Kes Jenayah, Undang-Undang Keterangan Islam

Citation