Publication:
Sains Islam Vs Sains Barat: Analisis Amalan dan Perbandingan

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Mengkaji perkembangan sains dalam ketamadunan manusia perlu meliputi perbincangan daripada dua aspek perkembangan iaitu dalam sejarah ketamadunan Islam dan keduanya ketamadunan Barat. Islam sebenarnya telah mengadakan suatu sintesis terpenting dalam sejarah peradaban insan. Perkembangan pesat ketamadunan Islam terbukti telah menyaingi tamadun- tamadun lain yang terdahulu dan yang terkemudian. Ini terhasil daripada selain kekuatan dalaman yang berpaksi kepada dua sumber dogmatik, iaitu alQuran dan sunah yang melahirkan kegiatan intelektual Islam yang dinamis dan kreatif. Identiti sains Islam dapat dijelaskan dalam analisis epistemologinya yang secara langsung dapat memberikan gambaran dan matlamat serta kedudukan sains dalam Islam. Begitu juga dengan analisis kritis terhadap metodologi yang mempengaruhi cara-cara aplikasi dan adaptasi sains Islam mampu menerangkan dan menjelaskan imejnya tersendiri berbanding dengan sains Barat. Sains dan teknologi Islam mampu membina jentera canggih untuk mengatasi masalah dalam kehidupan, namun hasil garapan murni dan harmoni dengan alam sekeliling menjadikan penciptaan teknologi Islam lebih beretika dan sempurna. Realitinya ialah wujud perbezaan yang jelas tentang pendekatan Islam dan Barat terhadap pembangunan dan kemajuan pengajian sains. Perbandingan sains Islam dan Barat wujud perbezaan yang nyata di dalam konteks, epistemologi dan metodologi pengajian sains dalam ketamadunan sains. Secara umumnya, perbezaan falsafah sains atau sistem kepercayaan telah memberikan implikasi terbesar kepada kewujudan perbezaan daripada aspek perkembangan pengajian sains itu sendiri.

Description

Keywords

sains Islam, sains Barat, metodologi saintifik, epistemologi ilmu, tamadun Islam

Citation