Publication:
Sulh Dan Mediasi Dalam Talian Dalam Konflik Kekeluargaan Di Mahkamah Syariah Malaysia: Prospek Dan Cabaran Norma Baharu

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Sulh dan mediasi merupakan kaedah penyelesaian pertikaian yang digunakan di Mahkamah Syariah sebagai jalan keluar untuk menyelesaikan persengketaan secara perdamaian. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa krisis pandemik Covid-19 telah menyebabkan peningkatan konflik keluarga dan kes perceraian yang tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Artikel ini bertujuan mengkaji prospek dan cabaran dalam pelaksanaan proses mediasi dalam Majlis Sulh (sulh-mediasi) secara dalam talian di mahkamah Syariah sebagai satu norma baharu. Kajian menumpukan kepada aspek perundangan dan amalan di Mahkamah Syariah. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kepustakaan, tinjauan literatur dan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun sesi sulh-mediasi secara dalam talian mempunyai cabaran dari segi penggunaan teknologi, sosial dan perundangan namun ia mempunyai prospek yang besar bagi penyelesaian pertikaian secara perdamaian. Sebagai penutup kaedah sulh-mediasi dalam talian ini boleh dimanfaatkan sebagai satu persediaan menghadapi kaedah penyelesaian konflik masa hadapan yang lebih fleksibel, murah, cepat dan berkesan.

Description

Volume 34, Issue 3, Page (1-14)

Keywords

Sulh, Mediasi, Norma Baharu, undang-undang keluarga, ADR

Citation