Publication: Asas Pembentukan Kata dalam Morfologi Arab[The Foundation on Word Formation In Arabic Morphology]
Loading...
Date
2019
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Bahasa merupakan salah satu medium yang penting untuk menyebarkan pengetahuan serta membina identity. Tambahan pula, Bahasa juga mengandungi corak perkataan, elemen morfem, derivasi yang membawa kefahaman yang lebih baik untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji proses pembentukan kata bahasa Arab serta kaedah perubahan pola perkataan dilaksanakan. Ini melibatkan beberapa elemen yang terlibat dalam proses pembentukan kata seperti penglibatan elemen morfem, infleksi, derivasi dan beberapa komponen yang lain. Metod kualitatif digunakan iaitu dengan menganalisis isi kandungan melalui pembacaan bahan ilmiah seperti buku, artikel dan keratan akhbar. Hasil dari kajian mendapati bahawa sesuatu perkataan dalam bahasa Arab itu dibentuk dengan menggunakan kata akar sebagai asas bagi menerbitkan pola perkataan yang baru. Akar kata ini terhasil daripada tiga konsonen (fonem) serta penggambungan beberapa unit morfem seperti perkataan ?????? (telah menulis) yang terdiri konsonan (KA+TA+BA).
Description
Keywords
Morfologi, pembentukan kata, akar kata, morfem