Publication: Analisis Sistematik Tema Berkaitan Serangga Dalam al-Quran dan Hadis Sebagai Sandaran Pembuktian Dalam Kehidupan Manusia
Loading...
Date
2021-08
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM Press
Abstract
Peranan serangga dalam kehidupan manusia memberikan suatu keseimbangan dalam ekosistem. Sumbangan serangga dalam dunia sains tiada noktah dengan penemuan-penemuan baru spesies yang boleh dikaji untuk penyelidikan seterusnya. Dalam Islam, para sarjana menyifatkan teks-teks bersumberkan wahyu adalah sebagai bukti kebesaran tuhan di samping memberikan pelbagai pengajaran kepada manusia. Namun belum ada kajian dilakukan untuk melihat secara tematik dan kecenderungan perihal serangga yang disebutkan dalam teks-teks primer perundangan Islam. Objektif dan Tujuan: Kajian ini mengenal pasti dan menganalisis perihal serangga yang disebutkan dalam al-Quran dan al-Sunnah mengikut tema sebutan. Metodologi: Kajian menggunakan metode analisis kandungan terhadap sumber-sumber primer rujukan berteraskan wahyu dalam Islam. Dengan menggabungkan serangga yang dijumpai hasil carian 6236 ayat dalam al-Quran, senarai tersebut dijadikan sampel teori dan diteruskan terhadap ribuan hadis-hadis yang terdapat dalam Sunan Sittah, rujukan utama dokumen hadis bagi pendalilan dalam Islam. Dapatan Kajian: Kajian menemukan bahawa serangga telah disebutkan melalui pelbagai tema sama ada di dalam al-Quran mahupun al-Sunnah. Terdapat sebanyak 104 hadis berkaitan serangga dan dikelaskan mengikut lapan tema seperti perumpamaan/pengajaran/sifat, kebersihan/mandi, pemakanan, muamalat, pemakaian, ibadah, perubatan dan rujukan bagi penamaan surah. Hasil analisis ini menunjukkan peranan serangga sebagai sebahagian daripada elemen penting dalam kehidupan manusia. Ia menunjukkan integrasi naqli (teks bersumberkan wahyu) dan aqli (percambahan pemikiran oleh manusia) relevan sepanjang zaman. Kajian lanjut perlu dilakukan bagi melihat fokus utama tema-tema yang telah didapati dari perihal serangga yang disebutkan tersebut. Dalam konteks pengajian Islam, disarankan agar status hadis-hadis yang berkaitan dengan perihal serangga tersebut dikaji dengan lebih lanjut. Sementara huraian dari pentafsiran yang berautoriti perlu dikaji dan diteroka agar maksud sebenar bukti-bukti kehidupan yang diisyaratkan oleh ilmuan silam dapat diterjemahkan sebagai suatu kerangka baru era moden.
Description
Vol. 33 No. 2 (2021): ULUM ISLAMIYYAH The Malaysian Journal of Islamic Sciences [August 2021]
Keywords
serangga, hadis, analisis kandungan, entomologi, analisis tematik
Citation
Baharuddin, A. S. ., Wan Ismail, W. A. F. ., Abdul Mutalib, L. ., Ahmad, M. H. ., Muhammad Nawawi, M. A. A. ., Rahim, F. ., Wan Harun, M. A. ., & Faisal, M. S. . (2021). Analisis Sistematik Tema Berkaitan Serangga Dalam al-Quran dan Hadis Sebagai Sandaran Pembuktian Dalam Kehidupan Manusia: [Systematic Analysis of Insect Related Theme in Al-Quran and Hadith as Sources of Evidence in Human Life] . Ulum Islamiyyah, 33(2), 69-82. https://doi.org/10.33102/uij.vol33no2.385