Publication:
Tinjauan Literatur Sistematik Terhadap Model Pengurusan Krisis Rumahtangga

Loading...
Thumbnail Image

Date

2024

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Faculty of Leadership and Management

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Keharmonian dalam rumahtangga penting bagi menjamin kesejahteraan keluarga dan melahirkan masyarakat yang sejahtera. Namun, saban hari isu yang membabitkan permasalahan institusi kekeluargaan semakin meningkat di Malaysia. Kes perceraian, keganasan rumah tangga, dan penderaan kanak-kanak menunjukkan peningkatan angka yang luar biasa pada 2020. Pelbagai usaha dan kajian juga telah dilakukan bagi mengatasi isu konflik rumahtangga ini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menjalankan tinjauan literatur sistematik terhadap model pengurusan krisis rumahtangga. Proses kajian merangkumi lima langkah metodologi utama, iaitu berpandukan protocol tinjauan, pembentukan persoalan kajian, strategi pencarian sistematik berdasarkan mengenalpasti kata kunci (identification), saringan (screening), dan kelayakan (eligibility) pada beberapa pangkalan data yang telah ditetapkan seperti Scopus, Science Direct, ResearchGate, dan Google Scholar, diikuti dengan penilaian kualiti artikel, serta pengekstrakan dan analisis data. Lima tema utama telah dikeluarkan melalui kaedah analisis tematik: (1) interpersonal; (2) kendiri; (3) emosi; (4) keagamaan; (5) kewangan dan kerjaya. Lima tema utama ini dibahagikan kepada 10 sub-tema.

Description

E-Proceeding Postgraduate Research Conference (PRC2023) : “Sustainable Education & Human Well-Being”/ editors: Roslee Ahmad , Khadijah Muda, Md Yousuf Ali, Ihab Ahmed Ra’uf Awais, Abdul Rashid Abdul Aziz, Ainul Mardhiah Mokhtar, Nurun Najihah Musa, Puteri Nazirah Amran, Fatin Muti’ah Mohamed Ishak Organized by: Faculty of Leadership and Management

Keywords

tinjauan literatur sistematik; krisis rumahtangga; model pengurusan

Citation

Nurun Najihah Musa, Abdul Rashid Abdul Aziz, & Rezki Perdani Sawai. (2024). Tinjauan Literatur Sistematik Terhadap Model Pengurusan Krisis Rumahtangga. E-Proceeding Postgraduate Research Conference, 28–30. https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/02/LATEST-PROCEEDING-PRC-2023_compressed.pdf

Collections