Publication:
Penggunaan Alat Emwave Biofeedback untuk Mengukur Kesan Penggunaan Modul Kaunseling Kelompok Menggunakan Pendekatan Al Quran (Surah Lukman, Ayat 12 - 19) Terhadap Murid Sekolah Menengah

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Alat emWave biofeedback merupakan instrumen untuk mengukur perubahan diri individu. Perubahan menggunakan alat emWave biofeedback diukur melalui perubahan komponen psikologi yang terhasil daripada rangsangan fisiologi yang berlaku dalam diri setiap individu. Pendekatan menggunakan Modul Kaunseling Kelompok Menggunakan Pendekatan al Quran (Surah Lukman, ayat 12 - 19) mengandungi 8 komponen utama. Objektif kajian ini adalah untuk melihat dan mengukur kesan aktiviti modul yang digunakan untuk membantu murid bagi meningkatkan prestasi skor koheran dan kesedaran motivasi dalam diri untuk berusaha mengubah tingkah laku positif. Sampel kajian ini terdiri daripada 20 orang murid SMK Perwira Jaya. Mereka dipilih secara rawak dan dibahagikan sebagai Kumpulan Latihan (n = 10 dan Kumpulan Kawalan (n = 10). Data kajian dikumpul secara kuantitatif melalui bacaan Heart Rate Variability (HRV) yang di rekod menggunakan alat emWave biofeedback. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan modul ini dapat membantu murid untuk mencapai skor koheran dan meningkatkan motivasi diri untuk melakukan perubahan positif.

Description

E-Proceeding Postgraduate Research Conference (PRC2023) : “Sustainable Education & Human Well-Being”/ editors: Roslee Ahmad , Khadijah Muda, Md Yousuf Ali, Ihab Ahmed Ra’uf Awais, Abdul Rashid Abdul Aziz, Ainul Mardhiah Mokhtar, Nurun Najihah Musa, Puteri Nazirah Amran, Fatin Muti’ah Mohamed Ishak Organized by: Faculty of Leadership and Management

Keywords

emWave Biofeedback, Modul Kaunseleling Kelompok, Surah Lukman, Perubahan Hati

Citation

Mohd Ropizam Mohamad Zainun, Muhammad Nubli Abdul Wahab, & Abdul Rashid Abdul Aziz. (2024). Penggunaan Alat Emwave Biofeedback untuk Mengukur Kesan Penggunaan Modul Kaunseling Kelompok Menggunakan Pendekatan Al Quran (Surah Lukman, Ayat 12 - 19) Terhadap Murid Sekolah Menengah. E-Proceeding Postgraduate Research Conference, 71–74. https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/02/LATEST-PROCEEDING-PRC-2023_compressed.pdf

Collections