Publication: Terjemahan Makna Lindung Dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman: Analisis Tema
Loading...
Date
2021-02-18
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Dewasa ini, masih terdapat perkara khurafat yang diamalkan seperti mempercayai tilikan nasib, berjumpa tukang bomoh dan mengamalkan sihir sebagai pelindung diri mereka daripada sebarang malapetaka. Justeru, perlunya kajian untuk meninjau konsep perlindungan yang terdapat dalam al-Quran. Kajian yang menggunakan metodologi kajian perpustakaan ini akan mengenalpasti ayat yang mengandungi terjemahan makna "lindung" dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dan analisis tema kepada konsep perlindungan akan dilakukan. Hasil kajian mendapati terdapat 15 tema dalam terjemahan makna lindung berdasarkan kontekstual ayat.
Description
E-Proceeding: Insan Junior Researcher International Conference (iJURECON) 2020
Date: 17-18 November 2020
Organized by: Kolej Genius Insan
Virtual Conference
Page:278-282
Keywords
perlindungan, terjemahan, analisis tema