Publication:
Integrasi Aqli Dan Naqli Dalam Karya Turath Islam Sebagai Medium Memahami Nas Syarak: Tinjauan Terhadap Kandungan Dan Metodologi Penulisan Risalah Wasail Ilmu Al-Kalam Wa Ra’fah Wa Rahmah Li Al-‘Awam

Loading...
Thumbnail Image

Date

2020-11-18

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Artikel ini meninjau peranan akal menurut perspektif syarak dan bagaimana integrasi aqli dan naqli yang terdapat di dalam karya-karya turath Islam bertindak sebagai perantara untuk memahami nas-nas syarak. Para ulama telah mengarang banyak karya yang menggunakan instrumen akal sebagai tunjang, lalu muncullah ilmu-ilmu seperti usul fiqh, usuluddin, mantik dan bahasa Arab. Perbahasan tentang dalalat, qiyas dan istinbat hukum contohnya menjadi salah satu topik utama. Tinjauan tentang kandungan dan metodologi penulisan dilakukan kepada karya Tuan Guru Haji Abdul Qadir bin Haji Wangah yang bertajuk Risalah Wasail Ilmu al-Kalam Wa Ra’fat Wa Rahmat Li al-‘Awam yang membahaskan hukum akal dengan terperinci. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif melalui analisis dokumen terhadap karyakarya turath Islam dan penulisan yang berkaitan serta analisis terhadap risalah Wasail Ilmu al-Kalam secara khusus. Dapatan penulisan ini menunjukkan karya-karya turath ulama silam telah memartabatkan akal dalam memahami nas-nas syarak melalui pelbagai cabang ilmu alat yang penting. Nas-nas al-Quran dan hadis mesti difahami mengikut konteks, kaedah dan selok-belok disiplin ilmu yang berasaskan akal seperti ilmu mantik dan ilmu kalam yang menjadi tunjang kepada pengeluaran hukum melalui ilmu usuluddin, usul fiqh dan fiqh. Inilah pendekatan dan manhaj yang dijalani oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman. Dalam memahami perbahasan ulama di dalam karya-karya mereka seseorang itu perlu kepada ilmu yang mendalam dan mantap dalam bidang berkenaan terutama untuk memahami maksud istilah-istilah yang diguna pakai. Risalah Wasail Ilmu al-Kalam perlu dipelajari dan diletakkan sebagai teks asas bagi semua penuntut ilmu syarak. Ini kerana risalah ini merupakan antara karya terpenting yang menghuraikan secara terperinci maksud-maksud ulama ilmu kalam ketika menghuraikan perbahasan usuluddin dengan fahaman yang sebenar.

Description

Keywords

Integrasi, akal, turath Islami.

Citation

Collections