Publication: Fiqh Pandemik: Asas Dan Keperluannya Kepada Masyarakat Masa Kini
Loading...
Date
2020-11-18
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Setelah muncul dan merebaknya penyakit virus korona pada penghujung tahun 2019 atau yang dijenamakan secara ilmiah sebagai "Covid 19" (Corona Virus Disease 2019), ke hampir seluruh pelusuk bumi dan menjadi wabak global, telah mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkannya sebagai satu pandemik pada 11 Mac 2020. Kini setelah hampir genap satu tahun, sejak wabak tersebut mula dikesan di Wuhan, China, WHO dalam laporan terkininya menyebut bahawa sudah hampir 50 juta orang di seluruh dunia telah dijangkiti dengan virus maut tersebut dan lebih daripada satu juta jiwa telah menemui ajal. Hal ini, telah mempengaruhi soal kesihatan, keselamatan, sosial, ekonomi, isu-isu berkaitan amalan keagamaan atau ibadah dan hal-hal berkaitan kehidupan yang lain, yang menuntut masyarakat dunia dengan kepakaran dan kemampuan yang ada dalam pelbagai bidang berganding bahu untuk keluar dari kebuntuan yang dihadapi. Bagi yang berkecimpun dalam bidang akademik, khususnya dalam bidang syariah tidak ketinggalan perlu turut berusaha bagi memposisikan diri dalam menyelesaikan kebuntuan berkaitan isu-isu berbangkit, ekoran daripada situasi tersebut. Kajian yang berbentuk teoritikal ini, bermatlamat menjelaskan asas dan keperluan fiqh pandemik kepada masyarakat Islam masa kini, agar kehidupan mereka sentiasa di dalam lingkungan batas syariah. Metodologi yang digunakan dalam artikel ini adalah kaedah kajian kualitatif dalam meneliti pandangan ulama-ulama klasik dan kontemporari bagi merumuskan bahawa keperluan terhadap fiqh pandemik dan praktisnya dalam masyarakat masa kini. Hasil kajian menunjukkan bahawa fiqh pandemik yang dibawa oleh sarjana kontemporari bertepatan dan selari dengan prinsip syariat Islam dan memenuhi keperluan semasa masyarakat Islam.
Description
Organized by: Faculty of Syariah and Law
Keywords
asas, keperluan, fiqh pandemik, masyarakat, masa kini