Publication:
Dana Khairat Kematian (DKK) dalam Ekosistem Kewangan Sosial Halal di Masjid Kg Parit Muhammad, Parit Sulong Batu Pahat Johor: Konsep dan Aplikasi

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Tabung dana khairat kematian (DKK) merupakan keperluan kehidupan umat Islam semasa, kerana ianya berkaitan kos pengurusan jenazah. DKK untuk memberi persediaan awal bagi para ahli ketika menghadapi kematian. Oleh itu, perlu wujud kajian secara konsep dan aplikasi bagi melihat kedudukan menurut syariah. Bahkan DKK juga merupakan ekosistem kewangan sosial halal yang perlu dikaitkan antara satu sama lain bagi menyelaraskan ekosistem. Secara amalan, DKK ini amat diperlukan para ahli yang terlibat dalam badan khairat kematian. Masjid kg parit Muhammad, parit sulong Batu Pahat Johor merupakan salah satu masjid yang menjalankan pengurusan khairat kematian perlu dikaji secara mendalam bagi melihat konsep dan aplikasi. Objektif kajian ini mendedahkan konsep dan aplikasi tabung DKK yang dikategorikan dalam ekosistem kewangan sosial halal kepada para ahli. Kajian menggunakan metod kualitatif melalui pendekatan kajian kepustakaan dan temubual berstruktur. Seterusnya akan dianalisis berdasarkan kepada data yang terkumpul. Hasil kajian ini mendapati bahawa konsep gotong royong/taawun merupakan asas model dalam tabung DKK melalui kutipan sumbangan tabung setiap hari jumat di masjid kg parit Muhammad. Implikasinya konsep dan aplikasi DKK ini menunjukkan kepada ekosistem kewangan sosial halal menjadi sistem asasi dalam tabung DKK. Para ahli khairat kematian mendapat jaminan sosial dalam membiayai kos pengebumian jenazah.

Description

Keywords

Dana khairat kematian, ekosistem kewangan sosial halal, masjid, konsep dan aplikasi

Citation

Abdulah, N. A., Abdul Mutalib, M., Saffinee, S. S. et al. (2023). In The 4th International Conference of Postgraduate Students and Academics in Syariah and Law 2023 (4th INPAC 2023). USIM Press.

Collections