Publication: Peranan Ma’had Baitul Qurra Terhadap Perkembangan Ilmu Maqamat Di Jakarta
Loading...
Date
2019-10-08
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Makalah ini adalah berkaitan dengan peranan Ma’had Baitul Qurra dalam perkembangan ilmu maqamat terhadap masyarakat Jakarta. Ma’had Baitul Qurra adalah salah satu pondok yang khas dalam mempelajari ilmu-ilmu al-Quran yang ianya ditubuhkan untuk menjadi salah satu kemudahan bagi masyarakat jakarta dalam mempelajari ilmu-ilmu al-Quran iaitu, ilmu maqamat, tafsir, dan hafazan al-Quran. Pengasas Ma’had Baitul Qurra ialah Hajjah Maria Ulfa beliau merupakan qariah yang masyhur di Indonesia, beliau juga mendapatkan johan sebagai qariah Antarbangsa pada tahun 90-an. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui secara terperinci apakah metode yang di gunakan ma’had tersebut sehingga dapat menciptakan banyak sekali qari serta qariah yang hebat, selain itu penulis juga ingin mengetahui korikulum apa sahaja yang sedia ada dan juga berapa banyak pengajian yang di ajarkan di Ma’had Baitul Qurra. Penulis menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data dalam penulisan kajian ini antaranya kaedah temu bual dengan pendiri Ma’had dan juga mengkaji makalah-makalah dari kajian-kajian yang lampau. Penulis mendapati amat banyak sumbangan yang telah di berikan kepada masyarakat bukan sahaja dalam menumbuhkan qari serta qariah hebat melainkan juga menumbuhkan ramai ahli tafsir yang telah mengabdikan ilmunya kepada masyarakat Indonesia secara keseluruhan. Kajian juga banyak mendapati bahawa jenis maqamat yang di gunakan Ma’had Baitul Qurra banyak terkesan dan menerapkan uslub bacaan dari para qari asal Mesir. Penulis mengharapkan hasil dari kajian ini akan dapat memberikan suatu kajian baru dalam bentuk tulisan ilmiyyah kerana penulis mendapati masih sangat sedikit mahasiswa ataupun mahasiswi menulis tentang kajian berkaitan ilmu maqamat, sehingga kajian ini dapat memberikan penambahan kajian ilmiyyah yang boleh di jadikan rujukan.
Description
THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2019/ EDITED BY : DR. NURULWAHIDAH FAUZI, DR. SAMER NAJEH ABDULLAH SAMARH, DR. MESBAHUL HOQUE ,DR. TAZUL ISLAM
“AL QURAN RAHMATAN LIL A’LAMIN: VISION AND CHALLENGES”
8th – 9th October 2019 / 9 – 10 Safar 1441H
Hosted By : Faculty Of Quranic And Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Keywords
maqamat, quran dan ma’had Baitul Qurra.
Citation
The 6th International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (Swat) 2019/ Edited By : Dr. Nurulwahidah Fauzi, Dr. Samer Najeh Abdullah Samarh, Dr. Mesbahul Hoque ,Dr. Tazul Islam