Publication:
Periwayatan Imam Ḥasan Al-Baṣrī Dalam Qira’at Shadhah: Analisis Terhadap Surah Al-Waqi‘ah

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Salah satu cabang ilmu al-Quran ialah ilmu qiraat. Pengajiannya popular di negara-negara Arab terutamanya di Mesir. Salah satu ilmu qiraat yang dipelajari adalah qirā’āt shādhah. Artikel ini akan memfokuskan kepada salah seorang imam bagi qirā’āt shādhah iaitu Imam Ḥasan al-Baṣrī. Umum lebih mengenali beliau sebagai seorang tokoh sufi. Oleh kerana kemasyhuran beliau dalam bidang sufi, maka telah menjadikan beliau kurang dikenali sebagai imam bidang qiraat. Oleh yang demikian, artikel ini akan membentangkan berkenaan latar belakang beliau sekaligus menganalisis riwayat bacaan al-Quran beliau terhadap surah al-Wāqi‘ah. Data-data kajian dikumpul menggunakan metode kepustakaan, manakala analisis data pula dilakukan secara deskriptif. Dapatan menunjukkan terdapat bacaan Imam Ḥasan al-Baṣrī yang bertepatan dengan bacaan qirā’āt mutawātirah. Ini bermaksud sebahagian bacaan beliau adalah bersamaan dengan qurrā’ ‘asharah. Setiap pemilihan bacaan yang diriwayatkan ada sebab-sebab yang tersendiri terutamanya dari aspek bahasa. Diharapkan artikel ini memberi manfaat dan sumbangan dalam bidang ilmu al-Quran dan al-Qiraatt sekaligus memperkenalkan Imam Ḥasan al-Baṣrī sebagai salah seorang qurrā’ qirā’āt shādhah.

Description

PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords

Qira’at, Shadhah, Ḥasan al-Baṣri, al-Wāqi‘ah.

Citation

Collections