Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Conferences
  4. INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILISATION (SWAT)
  5. 2021 SWAT
  6. Kepentingan Pendidikan Integriti Individu Berteraskan Tafsir Tasawuf Ishāri Bagi Penjawat Perkhidmatan Awam
 
  • Details
Options

Kepentingan Pendidikan Integriti Individu Berteraskan Tafsir Tasawuf Ishāri Bagi Penjawat Perkhidmatan Awam

Date Issued
2021-10-06
Author(s)
Mahyuddin Hashim
Mohd Nur Adzam Rasdi
Abstract
Dalam menuju ke arah status negara maju berpendapatan tinggi, agenda pembanterasan rasuah telah menjadi keutamaan negara. Beberapa inisiatif di peringkat nasional telah dibangunkan seperti Pelan Integriti Nasional dan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023. Namun begitu, kajian Nik et al. menyatakan bahawa integriti penjawat perkhidmatan awam di Malaysia masih berada di tahap bermasalah. Kajian Barometer Rasuah Global menunjukkan sejumlah besar rakyat tidak percaya bahawa masalah rasuah bertambah baik. Lebih mendukacitakan, mulai 2014, skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menurun setiap tahun daripada skor 52 kepada skor 47 pada tahun 2018. Antara tahun 2005-2014, Malaysia telah kehilangan RM 1.8 trilion menerusi aliran kewangan tidak sah yang sebahagiannya berpunca daripada amalan rasuah. Berdasarkan trend rasuah di Malaysia dalam tempoh 2013-2018, sektor awam dilihat sebagai sektor yang paling berisiko terhadap amalan rasuah. Justeru, model baharu pendidikan integriti individu berteraskan tafsir Tasawuf Ishᾱri bagi penjawat awam sangat penting untuk dibangunkan. Ini kerana pendidikan integriti individu tidak akan berjaya kecuali melalui pembentukan rohani bersumberkan al-Quran yang terbukti telah menghasilkan keperibadian mulia. Pembentukan rohani adalah merupakan intipati ilmu Tasawuf berbanding model sedia ada yang tidak memfokuskan kepada aspek tersebut. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti kepentingan pendidikan integriti individu berteraskan Tasawuf Ishari bagi penjawat perkhidmatan awam. Metodologi kajian ini pula menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis teks induktif. Hasil dapatan utama kajian ini ialah pendidikan integriti individu berteraskan Tasawuf Ishari boleh meningkatkan integriti penjawat awam bagi mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama (WBK) 2030. Salah satu pemboleh daya WBK ialah Tadbir Urus dan Integriti iaitu pengukuhan tadbir urus melalui ketelusan dan akauntabiliti bagi meningkatkan kepercayaan rakyat.
Subjects

Pendidikan, integriti...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

KEPENTINGAN PENDIDIKAN INTEGRITI INDIVIDU BERTERASKAN TAFSIR TASAWUF ISHĀRI BAGI PENJAWAT PERKHIDMATAN AWAM.pdf

Size

1.02 MB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):475c209f7968728cabef73132c46db64

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia