Publication: Penyusunan Isi Kandungan Al-Qur’ãn Kepada Pembahagian Muka Surat, Hizb Atau Cain@ Maqra': Kepentingannya Dalam Bidang Tahfiz Al-Qur’ãn
Loading...
Date
2021-10-06
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh ulamak semenjak zaman silam hinggalah ke hari ini bagi menambah baik cetakan mushaf al-Qur’ãn dari masa ke semasa. Usaha ini telah bermula khususnya semenjak ia dihimpun pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq RA sehinggalah ia dihimpun semula dan disalin cetak serta ditambah baik oleh Khalifah Uthman dan khalifah-khalifah selepasnya. Ini termasuklah penyusunan isi kandungan al-Quran dan pembahagiannya kepada muka surat, hizb dan cain atau maqra'. Usaha-usaha yang dilakukan ini mempunyai tujuan dan kepentingan yang besar khususnya bagi membantu pembacaan dan penghafazan al-Quran khasnya dari kalangan masyarakat cajam. Justeru, penulisan ini akan membawakan sorotan sejarahnya, di samping menjelaskan lagi tujuan dan kepentingannya dalam usaha memelihara dan memulihara mushaf al-Qur’ãn. Tulisan ini turut membawakan perbincangan hukum terhadap penambahbaikan cetakan mushaf secara umum, serta hukum bagi penyusunan isi kandungan al-Quran beserta pembahagian-pembahagiannya secara khusus. Di akhirnya, penulis juga akan menerangkan keperluan dan kepentingannya dalam bidang tahfiz al-Qur’ãn serta bentuk aplikasinya pada hari ini.
Description
PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021
“ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES”
6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H
Faculty of Quranic and Sunnah Studies
Universiti Sains Islam Malaysia
Keywords
qur’ãn, hizb, maqra’, cain, rasm, dhabt, fawasil, tahfiz.