Publication:
Adab-Adab Belajar Berdasarkan Manuskrip Melayu: Kajian Terhadap MSS 2906 (B) Tibyan AlMaram Ṭalibah Al-Talabah

Loading...
Thumbnail Image

Date

2020-10-29

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Dewasa ini gejala sosial dalam kalangan pelajar ini semakin serius merebak, malah ia sudah menjadi isu yang saban hari dilaporkan dalam media massa. Masalah sosial pelajar yang terus menerus berlaku dan merunsingkan ini memberi isyarat tentang kelemahan pendidikan Islam dan juga adab dalam kalangan pelajar. Rungutan daripada guru juga saban hari kedengaran mengenai masalah adab ini dan hal ini juga dalam perhatian KPM selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang antara lain untuk menghasilkan pelajar beretika dan mempunyai identiti nasional berasaskan sumber dan jatidiri Melayu. Dengan ini, kajian manuskrip Melayu tentang adab pelajar amat sesuai dijadikan panduan dan model kepada pelajar dan identiti sebenar masyarakat Melayu-Islam selaras dengan penekanan Islam terhadap adab semasa belajar sebagai asas kecemerlangan pendidikan Islam. Tinjauan menunjukkan bahawa sarjana Alam Melayu juga menghasilkan banyak karya mengenai adab pelajar ini. Namun, karya yang dihasilkan tersebut sebahagiannya masih berstatus manuskrip, seperti kitab Tibyān al-Marām Ṭalibah al-Ṭalabah yang merupakan kitab terpenting dalam tema ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji manuskrip tersebut dan menganalisis adab belajar dalamnya. Dengan adanya kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada penyelesaian masalah adab dalam kalangan pelajar selanjutnya meneroka kajian lanjutan berkaitan pendidikan Islam dalam khazanah warisan masyarakat Melayu-Islam

Description

Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM022 428 - 440

Keywords

Adab Pelajar,, Manuskrip Melayu,, Tibyān al-Marām,, Pendidikan Islam,, Kajian Manuskrip.

Citation

Collections